Tentang MHG

Mula Dari Rumah,
Sampai Buka Kedai.

Bukan start besar. Start kecil, dari rumah. Ni cerita macam mana MHG jadi apa dia hari ni.

Kisah Kami

Kenapa Nama MHG?

Nama ni bukan random. Setiap perkataan ada cerita dia.

Mobile

Telefon, smartphone. Dunia phone la. Memang ni je kerja kami hari-hari.

Home

Start dari rumah. Kecil-kecilan tapi serius. Repair phone orang macam repair phone family sendiri.

Ground

Tempat orang datang balik. Kami nak jadi kedai yang orang ingat bila phone ada problem.

Bagi kami, repair phone bukan sekadar buka tutup je. Kami nak orang rasa selesa tanya, tunggu, dan datang balik lagi.

Founder MHG repair phone di kaunter
2018 Mula kerja di industri phone repair.
Timeline

Perjalanan Kami

Dari kerja orang sampai buka kedai sendiri. Bukan overnight, tapi step by step.

2018

Mula Masuk Industri

Kerja kat Huawei, bahagian servis phone. Kat situ la belajar dari basic.

2022

Refurbished iPhone

Join syarikat refurbished iPhone dari Singapore, expand sampai Indonesia.

2023

Servis Bergerak

Start buat repair secara mobile. Pergi rumah customer, repair on the spot.

2024

MHG Lahir

Buka kedai repair kat rumah. Dari situ la nama Mobile Home Ground muncul.

2025

Kedai Pertama

November 2025, MHG mula buka kedai di Seksyen 8, Kota Damansara.

2026

Ekspansi ke Utara

Atas permintaan ramai pelanggan MHG di utara, MHG melebarkan sayap ke Taman Batik, Sungai Petani, Kedah. Sekarang dalam proses renovation.

Misi & Nilai

Apa Yang Kami Pegang

Bukan slogan. Ni memang cara kami buat kerja hari-hari.

Misi Kami

Nak jadi kedai repair phone yang orang tak ragu nak datang. Selesa nak tanya, selesa nak tunggu, dan nak datang balik lagi.

Jujur

Kami quote awal. Tak boleh repair? Kami cakap terus, tak buat-buat boleh.

Parts Elok

Kami tak guna parts murahan. Semua ada warranty bertulis sampai 90 hari.

Trust

Kami rekod setiap repair. Customer sendiri boleh tengok dan sahkan.

Cepat

Kebanyakan repair siap hari tu jugak. Kami faham korang perlukan phone.

Dah Kenal Siapa Kami? Jom Borak.

Tanya je dulu, free. Takde commitment.